|
Terbinanya Islam di atas konsep bantu-membantu dan tolong-menolong. Adapun individu muslim itu, adalah cermin bagi individu muslim yang lain, tidak lah mereka itu saling nasihat-menasihati melainkan bagi memperbaiki dan menguatkan sesama mereka. Allah SWT berfirman: "… dan bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat besar seksanya" (1) Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Orang mukmin dengan orang mukmin (yang lain) seperti sebuah bangunan, yang saling menguatkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain…"(2). Makna Takaful Lafaz Takaful berasal dari perkataan arab yang bermaksud saling bekerjasama antara satu sama lain, dan yang di maksudkan disini adalah "bantu-membantu diantara anggota masyarakat, dengan kewajipannya terhadap individu yang lain, dan kewajipan individu yang lain terhadap dirinya". Apabila disebut lafaz takaful, ia membawa maksud kerjasama dalam bermasyarakat. Merangkumi segenap kehendak anggota masyarakat di setiap aspek dan bidang kehidupan, seperti bidang pelajaran, undang-undang kekeluargaan, politik, ketenteraan, peperangan, dan tarbiyyah dan sebagainya. Maka keseluruhan daripada aspek-aspek ini tidak dapat dinatijahkan atau dihasilkan melainkan dengan kerjasama dari anggota masyarakat. Pembahagian Takaful Daripada beberapa pemerhatian ilmiah yang dijalankan, maka boleh kita bahagikan Takaful ini kepada dua pembahagian: 1- At-Takaful at-Tou'i (sukarela) 2- At-Takaful al-Ilzami (kewajipan) Pertama: Takaful Ilzami: Pembahagian ini lebih menggambarkan kepada bentuk kerjasama samaada perlu dan sampingan. Adapun apa yang disyariatkan oleh Allah SWT (kewajipan) itu boleh dikategorikan sebagai Takaful Ilzami, yang mana tanpanya anggota masyarakat tidak akan mendapat membangunkan sebuah institusi kemasyarakatan yang mantap. Pensyariatan zakat sebagai contoh, ia adalah termasuk didalam kategori Takaful Ilzami. Maka wajib keatas mereka yang kaya mengeluarkan sebahagian dari harta mereka kepada faqir miskin. Dalam masa yang sama dapat menyelesaikan beberapa masalah kewangan yang dialami oleh faqir miskin dan mereka yang berhajat kepadanya. Didalam permasalahan ini, jelas menunjukkan bahawa keadilan islam dalam maslahah menjaga nyawa yang termasuk didalam perkara keperluan yang Kedua : Takaful Tou'i Selepas menyelami beberapa perlaksanaan Takaful Ilzami, kita akan cuba membuat perbandingan dengan bahagian yang kedua didalam Sistem Takaful berlandaskan Islam, iaitu Takaful Tou'i atau boleh dinisbahkan sebagai bantuan secara sukarela. Diantara contoh pelaksanaannya adalah: wakaf dan sedekah. Kalimah wakaf berasal dari bahasa arab yang bermaksud suatu pemberian yang tiada balasan atau pulangan bagi si pemberi dari seseorang individu atau sesebuah institusi daripada pihak muslim. Dinamakannya juga sebagai : al habsu. Contoh: pembinaan masjid bagi menunaikan ibadah solat dan membina rumah kebajikan anak-anak yatim dan orang-orang tua. Kesemuanya ini lebih menjurus kepada bantuan sukarela sesama orang islam. Selain itu, pemberian individu seperti hartanya, tanahnya dan benda-benda yang termasuk didalam pemilikannya atau "Sedekah" juga dikira sebagai Takaful Tou'i. Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa Takaful merangkumi segenap aspek kerjasama didalam masyarakat islam, bagi membawa masuk kemudahan dan maslahah dan membawa keluar mudorat, seperti kemisikinan dan kehilangan nyawa. InsyaAllah pada edisi akan datang akan di terangkan lebih detail beserta dalil-dalil dari al-Quran dan al-hadith, adapun artikel ini adalah sebagai pendahuluan.-Wallahu min wara'il qasd- (1) Surah al-Maidah : 2 (2) Sohih al-Bukhari (2266), Kitab al mazolim wal ghosb |
| Leave a Comment: |