Biodata Diri


Muhammad Afiq bin Zahari
Mahasiswa Universiti Mohamed v
Rabat, Morocco
"Adakah Semakin lemah AgamaKu Sedangkan aku masih hidup!"

Luahan Hati



Membilang Hari

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31







Nasyid buat UMMI




Rangkaian Seri

  • Allamah Fathi
  • Allamah Mat Noor
  • Allamah Al-Hammasiyy
  • Allamah Cucu Qardawi
  • Allamah Faisol

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


     
    Saturday, April 14, 2007
    Pengajian Surah (epi 1)

    Surah al Hujurat

     

    Disebalik Surah:

     

                Dinamakan Surah al Hujurat pada semua kitab hadith dan tafsir, tanpa sebarang pecanggahan, kerna ada disebutkan lafaz "ÇáÍÌÑÇÊ", serta diturunkannya pada kisah seruan bani tamim keatas Nabi Muhammad SAW, di balik kamar-kamar Nabi SAW, ataupun pada makna yang lebih jelas sepertimana yang dihuraikan oleh al Imam an Nasafi di dalam madarik at tanzil fi hakaiki at ta'wil, hujurat adalah tempat khalwat.

     

                Surah ini secara ijmak merupakan surah madaniah seperti yang disebutkan oleh al Qurtubi didalam jami' li ahkamil quran dan di sepakati juga oleh ahli-ahli ta'wil secara keseluruhannya bedasarkan dalil penurunannya selepas hijrah.

     

                Adapun surah ini di turunkan selepas surah al mujadilah iaitu sebelum surah at tahrim. Juga merupakan surah yang ke108 menurut urutan penurunan surah-surah dan di turunkan pula pada tahun ke 9 hijrah, manakala bilangan ayatnya 18 ayat.

     

                Al imam Ibnu al arabi didalam kitabnya ahkamul quran berkata, bahawa permasalahan-permasalahan yang dilontarkan didalam surah ini boleh dikategorikan kepada 5 permasalahan:

     

    1-     Dinaqalkan dari al Qatadah berkata: "terdapat satu kaum yang selalu mengatakan "kalaulah diturunkan …sudah tentu…" iaitu mereka mengharapkan sesuatu yang sudah lepas.

    2-     Ibnu Abbas berkata: "Mereka menegah utk berkata dihadapan rasulullah SAW"

    3-     Mujahid pula berkata: "Jangan kamu memberikan sesuatu fatwa diatas sesuatu perkara sehinggakan Allah menghukumnya dengan melalui mulut Nabi SAW".

    4-     Hasan berkata: "Diturunkan pada sebuah kaum yang menyembelih penyembelihan sebelum Nabi SAW bersolat, maka Nabi SAW menyuruhnya mengulangi penyembelihan".

    5-     Az zujaj berkata: "jangan kamu mendahului sesuatu perintah taat sebelum waktunya".

     

    Diantara intipati terpenting secara keseluruhannya, boleh kita simpulkan dengan meneliti kata-kata al Imam Fakhruddin ar Razi didalam kitabnya Mafatihul Ghaib: "surah ini padanya penunjuk bagi orang mukmin kepada kemuliaan akhlak iaitu samada akhlak bersama Allah SWT, rasul atau selain dari keduanya daripada kejadian, samaada mukmin ataupun fasiq (iaitu orang mukmin yg tiada melakukan kerja-kerja taat) samada secara terangan mahupun selindung… kemudian beliau menambah bahawa Allah SWT menyebut 5 kali "wahai orang yang beriman"sebagai menunjukkan setiap sebutan satu bahagian dari bahagian yang lima tersebut"

     

    Tafsir:

    Ayat Pertama

     

                Dimulakan dengan "wahai orang-orang yang beriman" sebagai tanda perhatian yang penuh keatas setiap yang akan datang yang ingin disampaikan.

                Pada ayat ini Allah SWT mengajar hambanya agar beradab dengannya dan rasulnya sebagai tanda hormat dan memuliakan serta mengelakkan lalai daripada mengingatinya. Disebutkan juga bahawa suruhan keatas manusia agar tidak mendahului sesuatu perkara sebelum diperintah oleh Allah SWT dan rasulNya, dan ditambah pula oleh al Imam as Sa'di bahawa dilarang berkata-kata berlawanan atau bercanggahan dengan al quran dan as sunnah.

     

                Hujjah-hujjah ini adalah bertepatan dengan kaedah feqhiah:

    Çä ÇáãßáÝ Èá íÞÏã Úáì ÝÚá ÍÊì íÚáã Íßã Çááå Ýíå

                Disni juga menyentuh tentang permasalahan pentaklifan, adapun syariah itu sendiri tidak lah disuruh melainkan mengikut kadar kemampuan Mukallaf.

    áÇ ÊßáíÝ ÈãÇ áÇ íØÇÞ

                Maka kesimpulannya, ikutilah apa yang disuruh oleh Allah SWT dan rasulnya.

     

                Diriwayatkan oleh al imam al Bukhari didalam menceritakan tentang kisah perutusan Bani Tamim kepada Nabi SAW, maka berkata Abu Bakar : "Ketuailah bagi mereka al ko'ko' bin Ma'bad bin Zaroroh, dan diseru pula oleh Umar bin al khattab: "Ketuailah bagi mereka al Ahra' bin habis, lalu berkata lah Abu bakar: "kau memang suka bercanggah dengan pendapatku", seraya Umar pun berkata: "aku bukan mahu bercanggah dengan kau", maka berlarutan persengketaan tersebut sehingga mereka saling meninggikan suara dihadapan Nabi SAW, maka turunlah ayat 1-2.

     

                Setiap perkara ada tujuan dan rahsia disebaliknya, maka digariskan beberapa pekara yang perlu diambil teliti oleh masyarakat zaman kini terutamanya dalam menyelusuri manhaj ataupun metodologi salafus soleh iaitu merekalah sebaik-baik madrasah yang dididik oleh Nabi SAW:

     

    1-     Hendaklah melaksanakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.

    2-     Hendaklah dipahami bahawa tiada sebarang penambahan didalam syariat atau pengurangan selepas sempurnanya Islam, termasuklah perkara-perkara bidaah yang tiada asal usulnya dan tidak pernah dianjurkan oleh Nabi SAW. Jika perbuatan Bidaah itu baik, sudah lama Nabi SAW dan sahabat RadhiaAllahu anhu lakukan.

    3-     Didalam apa jua perselisihan, dahulukan lah dalil quran dan sunnah dan bukannya mendahulukan pendapat ulama, sekalipun ulama tersebut mempunyai maqam yang tinggi disisi manusia, namun martabat "Nubuwwah" adalah lebih tinggi.

     

    Adapun setiap yang dianjurkan oleh Allah SWT dan rasulNya itu penuh dengan hikmah dan tujuan, diantaranya kebahgian dan kejayaan diakhirat, sekalipun didunia kita membuangnya dan menggadaikannya, namun diakhirat disediakan balasan yang abadi.

    Selepas dari ayat tersbut dianjurkan kita agar bertaqwa kepada Allah SWT, seperti kata Ibnu Habib: "Kamu beramal kerana Allah semata-mata mengharapkan rahmat dan ganjarannya, dan kamu meninggalkan maksiat kerna Allah SWT kerna takut akan balasannya".

    Berikutnya dikhabarkan akan kebesaran Allah SWT yang maha mendengar setiap perkara dari segenap perkataan hatta semua bunyi daripada mana-mana bahagian dan maha mengetahui pada niat manusia, dinyatakan pula didalam tafsir al jalalain mengetahui pada segenap perbuatan manusia, dan ditambah pula oleh as sa'di iaitu yang zahir mahupun yang batin, yang lepas mahupun yg akan datang…

    Maka disimpulkan bahawa ini lah diantara sebab-sebab mengapa Allah SWT menyuruh hambanya supaya tidak mendahului sesuatu kerna Allah SWT itu maha mendengar dan mengetahui.

     

    Ayat ke 2

     

                Kemudian disebutkan pula tentang perihal adab-adab pertuturan dihadapan Nabi SAW, adapun makna ayat ini jelas dan terang, Cuma perlu diambil perhatian pada

     "æáÇ ÊÌåÑæÇ áå ÈÇáÞæá"

    Maka (al jahr) disini adalah pinjaman bagi perkataan menaikkan atau meninggikan, dan bukannya bermaksud senyap dan diam tanpa berkata apa-apa, adapun makna sebenarnya adalah larangan yang membawa makna suruhan tetapi dengan memperlahankan dan merendahkan suara ketika bertutur dengan Nabi SAW sebagai tanda hormat akan martabat kenabian Rasulullah SAW.

     

                Pada situasi kita dizaman kini, boleh dirangkumkan bahawa ayat ini menjadi dalil penharaman meninggikan suara dikubur Rasulullah SAW, dan juga ketika dibacakan hadithhadith tentangnya. Disebutkan oleh Abu hayyan didalam Al bahru Al Muhit: "Sesuatu pengkejian juga buat mereka-mereka yang meninggikan suara dimajlis-majlis para ulama, ini adalah pernghormatan atas kedudukannya tetapi pada tingkatan yang berbeza".

                Hal ini membawa erti bahawa pertuturan dengan Nabi SAW, melalui pembacaan hadith- hadithnya atau majlis yang menyebut namanya, adalah tidak sama dengan pertuturan dengan manusia biasa pada kebiasaan.

               

                Berikutnya dinyatakan pada ayat "Çä ÊÍÈØ ÃÚãÇáßã" merupakan ayat sebab mengapa ditegah untuk mendahulukan sesuatu perkara tnpa keizinan Allah SWT dan rasulnya dan juga ditegah meninggikan suara ketika bertutur dihadapan Nabi SAW. Boleh kita ertikan kepada dua pendapat:

    1-     Ditakuti terbatal amalan-amalan kamu, tanpa kamu sedari,

    2-     Agar tidak terbaal amalan-amalan kamu.

     

    Maksud dari tegahan ini adalah kerna beradab didalam pertuturan bersama Rasulullah SAW adalah penyebab mendapat ganjaran dan diterima amalan sepertimana yang dikatakan oleh as Sa'di dan dikatakan pula oleh al Imam Al Alusi didalam Ruhul Ma'ani, bahawa ayat "Çä ÊÍÈØ ÃÚãÇáßã" adalah ta'lil bagi pertegahan kedua-dua berikut. Juga beliau membuat perumpamaan perihal seorang Syiekh sekiranya salah seorang anak muridnya meninggian suara dihadapannya, sudah pasti syeikh tersebut akan marah, bagaimanakah pula Nabi SAW yang lebih berhak dengan kenabian dan kemulian.

    Ayat ke 3

     

    Dimulakan ayat ini dengan huruf ta'kid memberi perhatian kepada isinya, yang merupakan ganjaran serta kemuliaan keatas mereka yang meninggalkan kedua-dua tegahan tadi.

    Adapun bagi mereka yang meendahkan suara disisi Nabi SAW, merekalah yang diuji oleh Allah SWT hati-hati mereka dengan ketaqwaan dan bila merujuk kepada wazan ÇÝÊÚÇá  maka ia menunjukkan kesangatan ataupun mubalaghah, adapun pada hakikat, Allah mengetahui mereka itu adalah orang yang bertaqwa namn seperti yang dinyatakan didalam Jalalain: "Allah SWT mahu menzahirkan ketaqwaan mereka itu dengan kesabaran"

    Al Imam Al Alusi menambah adapun penzahiran ketaqwaan itu adalah sebab dan tujuan dan kesabaran dengan ujian adalah intipati dari ketaqwaan.

    Berikutnya disebutkan "áåã ãÛÝÑÉ æÃÌÑ ÚÙíã" adalah khabar kepada Åä iaitu disediakan bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar iaitu syuga seperti yang dikatakan oleh Jalalain.

     

    Ayat ke 4

     

    Ayat ini menerangkan tentang contoh peninggian suara dihadapan Rasulullah SAW seperti ayat yang ke 2. Adapun mereka yang memanggil nabi SAW dari belakang hijab kamar-kamar isteri nabi SAW adalah segolongan daripada perutusan bani Tamim yang datang ke madinah pada tahun 9 hijrah dan mereka terdiri daripada lebih 70 orang.

    Mereka mendapati Rasulullah SAW berada di kamar-kamar isterinya, maka tanpa kesabaran dan adab, mereka memanggil Nabi SAW: "wahai Muhammad" iaitu keluarlah dalam riwayat yang lain,: "Ya rasulallah", lalu memperkenalkan diri mereka seperti adat perutusan-perutusan arab kepada raja-raja dan orang kenamaan. Boleh disimpulkan kesimpulan cerita ini adalah:

    1-     Peradaban didalam bertutur dengan nama Muhammad SAW perlu di hormati dengan selawat.

    2-     Ketidak sabaran mereka menunggu sehingga Nabi SAW keluar, sekiranya mereka itu tahu tujuan dunia dan akhirat adalah lebih baik bagi mereka.

     

    Kerna itu lah Allah SWT berfirman: ÇßËÑåã áÇ íÚÞáæä iaitu kebanyakan mereka tidak beraqal, kerna aqal adalah tanda penggunaan adab dan lafaz kebanyakan kerana sebahagian daripada perutusan itu tidak memanggil. Maka terkecuali seperti kata Ibnu Asyur, dan ayat ini juga bagi mengeluarkan mereka dari adat buruk jahiliah.

     

    Ayat ke 5

     

    Sekiranya mereka sabar sehingga kamu keluar kepada mereka, itu adalah lebih baik bagi mereka kerna kesabaran adalah lebih baik dari terburu dan ini adalah ayat pengajaran buat mereka yang dahulunya kafir, dan masih terkesan dengan budaya jahiliah.

    Dan sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani hinggalah mereka itu iaitu para sahabat menjadi sebaik-baik madrasah danmerekalah generasi yang kita idam-idamkan model didalam medan perntarbiyahan kerohanian. Wallahua'lam.

     

    Rujukan:

    1-     Tafsir al Quran al Azim oleh Ibnu Kathir

    2-     Madarik at tanzil fi hakaiku at ta'wil oleh al imam annasafi

    3-     Al jami' li ahkamil quran oleh al Imam al Qurtubi

    4-     At Tahrir wa at Tanwir oleh Ibnu Asyur

    5-     Ahkamul quran oleh Ibnul arabi

    6-     Mafatihul ghaib oleh Fakhruddin ar Razi

    7-     Al jalalain oleh jalaluddin as suyuti dan al mahalli

    8-     Al bahru al muhit oleh abu hayyan

    9-     Ruhul ma'ani oleh al alusi

    10- Taisir al karim ar rahman oleh as sa'di

     


    Posted at 01:58 am by sale
    Comment (1)  

     
    Thursday, January 11, 2007
    Kesatuan

    Sahabat-sahabatku sekalian,

     

    + Kuatkan keazaman, teruskan wadah perjuangan, biar perit laluannya sukar, penuh tohmahan, mulut-mulut yang sumbang, tabah lah! tabah lah! tabah lah!

     

    + Nabi SAW adalah qudwah, pernah kah kita membaca kisah sirah Nabi SAW perjalanan hidupnya dihujani dengan kesenangan? Kemewahan? Seperti apa yang kita rasai dan nikmati kini?

     

    + Tapi kan

    -Kenapa ada diantara kita yang bangga dengan kemewahan, dan ketinggian pangkat? Jika di sekolah dahulu, nak dilantik menjadi ketua kelas pun sudah:-

     

    CUAK +  TAKUT. + GUSAR + GELISAH.

     

    -Bila dah dapat pangkat pula situasinya berbeza :

     

    BANGGA + tanggungjawab pun LUPA.

     

    + Kita pun mula lah berkata « ala… itu zaman kecik-kecik, mana tau apa-apa »

     

    + Ada pula diantara kita, mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan berzikir sambil berjoget, bertepuk dan sebagainya. Subhanallah..

     

     

    + Ade pula diantara kita, menuduh dan melemparkan tohmahan yang tiada dasarnya kepada para ulama'.

    -         Disini sedia maklum, terdapat beberapa aliran didalam mazhab fekah, imam mazhab 4 yang masyhur: Imam Hanafi (150), Imam Malik (179), Imam Syafie (204) dan Imam Ahmad (241).

     

    + Persoalannya: Adakah keempat-empat imam mazhab ini mewajibkan bagi kita untuk mengikut mereka? Jika begitu, bagaimana kah pula Nabi SAW yang maksum, sedangkan manusia semua nya ada kesalahan.

     

     

     

    + Maka bagi umum: ikutilah mazhab resmi Negara anda, dan tidak menjadi kesalahan jika anda bercanggah dengan mazhab anda, syaratnya dengan kewujudan dalil yang sahih dari Nabi SAW dan kefahamannya juga sahih (benar).

    -Imam as-Syafie (204) pernah berkata: "apabila benarnya sesuatu dalil, maka itu adalah mazhab aku".

     

    + Bagi penuntut ilmu agama: carilah jalan kearah kesatuan ummah, bukan menambahkan kesakitannya. Kita percaya dengan kedudukan ilmu yang berada disisi anda, namun cara perlaksanaannya berbeza.

    -Perkara pelik disisi kita tidak pelik bagi orang berilmu, cumanya perlu diterangkan kesahihannya. Diantara cara perlaksanaannya:-

     

    1-Perjumpaan antara dua pihak atau tiga pihak,

    2-Pengiktirafan martabat ilmu kedua-dua pihak,

    3-Mempunyai ilmu dan kefahaman yang mantap dan sahih tentang tajuk,

    4-Azam untuk capai kata sepakat.

     

    + Perbincangan dikhalayak ramai akan hanya memecah kan umat, sebaik dan semoleknya diadakan sesama pihak yang berkenaan.

     

    + Untuk akhirnya, diselitkan permasalahan ulama' yang dituduh sebagai « wahabi », tahukah anda ?

     

     

    + wallahu a'lam, wassalam.

     


    Posted at 04:37 pm by sale
    Kritikan anda  

     
    Wednesday, January 10, 2007
    metodologi

    Posted at 06:41 pm by sale
    Kritikan anda  

     
    Monday, January 08, 2007
    Tiket Perjalanan Percuma !!!

    Posted at 12:54 am by sale
    Kritikan anda  

     
    Sunday, December 24, 2006
    Memori 2004

    Salam Perjuangan buat sahabat,

    Kehadiran mahasiswa baru, menyingkap kembali memori kenangan tika detik pertemuan kali pertama, kaki melangkah dengan satu cita-cita, pulang bersama sejuta ilmu dan pengalaman duduk di perantauan, suka duka kita kogsi bersama, alangkah bahagia waktu itu, namun kini, kita sudah tua, umur kian bertambah, wajah kian tembam, pemikiran kian matang, masa yang ditunggu rupa-rupanya sudah hampir menanti kita, relakah kita meningglkan bumi ini, bumi ALlah luas, kemanakah kita selepas ini, sahabat-sahabat arab pula bagaimana? sanggup kita meninggalkan mereka, berpisah nya kita nnt pasti menyimpan seribu saut tanda tanya, rintihan ku terhenti setakat ini, ku kan sentiasa merintih, merintih dan merintih, kepada MU ya ALlah... Kembalikan sinar kebahgiaan kami disni tatkala kami kembali kelak. Amin ya Rob... ¨Selamat Berjuang¨

     


    Posted at 01:12 am by sale
    Kritikan anda  

    Muhasabah


    Posted at 01:01 am by sale
    Kritikan anda  

     
    Sunday, December 17, 2006
    Kenangan Maroc

     


    Posted at 08:33 pm by sale
    Kritikan anda  

    Hikmah sahabat bagi syariah

    "alhikmatu hia sohibatus syariah wal ukhtur radhi3ah" -Faslul maqal fi taqriri ma baina as syariah wal hikmah minal ittisol, Ibnu Rusyd; Muqaddimah tahliliah Dr. Muhammad Abid al Jabiri.

    Pancaindera amat di titik berat kan bagi manusia yang mempunyai keazaman dalam merealisasikan kehendak hati nya. dalam unsur hawassi beberapa tindak balas yang juga dinama kan refleksi akan berlaku. Peri pentingnya ia tidak dapat dinafikan sehingga di sebutkan berulang2 kali di dalam tanzil. Sesungguhnya pendengaran penglihatan dan pikiran itu semuanya ada pekerjaan masing2.

    Dilihat pada realiti kehidupan, manusia mengetahui sesuatu melalui penglihatannya, sehinggakan kebanyakan fuqaha' menggariskan ia adalah sepenting2 pancaindera dan semulia2nya. kerna ia adalah mesin pengesan dalam hukum2 syariah yang di taklifkan, dan dengannya jua  manusia mengetahui segenap bidang, melalui mata kasar. Terkesannya hati pada mata empunya peratusan yang tinggi... sehinggakan ramai yang menganggap kebenaran sesuatu itu dapat di ukur dengan adanya bukti dari penglihatan!

    Imbas kembali bagaimana kisah nabi Allah musa Alaihisalam yang mengkritik kaum nya akan kezaliman diri mereka dalam menjadikan sapi sebagai Tuhan! Namun apa kah alasan kaum Musa? mereka berkata: ya Musa! kami takkan percaya kepada engkau sehingga kami melihat Allah secara direct (terang)! maka bukan kah ini bukti yg kukuh peri pentingnya mata? kejahilan menuju kebijaksanaan, namun penggunaan intelek minima menunjukkan jurang kematangan,manusia gagal menafsirkan antara yang haq dan batil. Begitulah tahap Aqal samaada manusia menggunakan sepenuhnya ataupun sebahagian, kematangan dalam membuat keputusan dan melaksanakan tindakan, semuanya bertindak tanduk dengan pancaindera.Bukankah: kewujudan itu adalah bukti, tanpa melihat manusia dengan aqalnya mampu berfikir! dimanakah sakit? ia tidak dapat dilihat, tapi rasionalnya ia dirasai! bagaimana aqal anda menafsirkannya?

    Masalah khilafiyyah bukan sahaja berlaku antara masalah agama mahupun politik, bahkan sesama anggota mahupun pancaindera manusia sendiri jua berlakunya perbedaan pendapat dan tafsiran! Mata mengatakan si A adalah dobit.. bebas dari al wahm! namun telinga memberi isyarat bahawa dia pernah mendengar si A bercerita tentang perkara yg tidak benar hingga menjatuhkan hukuman pada si A dgn tohmah bil kazib. percanggahan tafsirn ini menimbulkan perbalahan, antara dua unsur. Bagaimana cara manusia menyelesaikan permasalahan ini?

    melihat pada sejarah,berlaku pula pertembungan dua aliran, falsafah dengan agama. antara pemikiran dan wahyu.. antara aristotle dan para nabi.. bagaimana meraikan kedua2 nya sehingga mencapai satu dimensi impian Ibnu Rusyd katanya dalam kitab Fashlul maqal: "Atammul mafahim". Ibnu rusyd adalah org pertama yg menyelesaikan permasalahan pertembungan dua aliran ini, seorang pemikir yg berusaha menghidupkan tradisi pemikiran rasional. Hidup beliau di akhir zaman keemasan islam 4 abad sebelum jatuhnya tembok terakhir islam di granda,sepanyol oleh dua raja katolik iaitu ferdinand raja Aragon dan Izabella raja castilla dan leon pada 1492m.

    Pernahkah manusia kini berfikir bagaimana para ilmuan dizaman abad ke 12,13 dan 14, bagaimanakah reformasi pemikiran ketika itu sehingga mencapai peratusan aqal yang tinggi. merentasi tingkatan penulisan (ibnu sina kitab nya al qanun fi tib), tingkatan mujadalah (ibnu rusyd mensyarahkan karya aristotle dihadapan plato) merentasi tingkatan burhani atau demonstratif. yang hanya dicapai oleh para filosofis ketika itu. Meningkat tinggi nama para ilmuan islam seperti ibnu sina dengan kitab nya yang digunapakai hingga kini dieropah khususnya bidang perubatan, al farabi yang juga digelar Muallim thani selepas aristotle, tak kurang hebatnya ibnu tufail, ahli falsafah andalus yang memperkenalkan ibnu rusyd kepada penguasa marakech ketika itu khalifah yusof.

    begitulah sinaran zaman keemasan islam, di belahan eropah ataupun ghorbi lahirnya pemikir2 yg tinggi tiada tolok bandingnya. Kepentingan politik ditenggelami arus pembebasan pemikiran jumud. setiap sendi2 manusia mula mengorak langkah, mencari pembaharuan di waktu itu. inilah metode ataupun lebih masyhur disisi kita sebagai manhaj!

    ayuh buka lembaran2 kitab2 lama mahupun baru, kajilah metodologi ulama2, Dan lebih utama,pertingkat kan tahap pemikiran utk sampai ketahap kematangan maksimum, tokoh zaman pencerahan eropah Emmenual Kant mendefinasikan "Pencerahan" sebagai : "keluarnya manusia dari ketidakmatangan yang diciptakannya sendiri. Sedangkan ketidakmatangannya adalah ketidak mampuan seseorang untuk menggunakan aqal pikirannya tanpa bantuan orang lain. Ketidakmatangan semcam ini terjadi bukan kerana kurangnya daya pikiran tapi kerana kurang nya determinasi dan kebenarian untuk menggunakan pemahaman sendiri"

    Beranikan lah mengeluarkan pemahaman dari nas, kerna tiada manusia itu tahu samada benar atau pun tidak pemahamannya itu melainkan dengan jalan kitabi, mahupun jadali. Hijrah kan aqal dari tokok atfal kepada mumayyiz, Manusia mampu cuma sebahagian kemampuannya dibiarkan masih dijajah!

    " ayyuhannas.. ainal mafar? al bahru war'ukum wal aduw amamukum laisa indakum wallahi illas sidq was sobr!"


    Posted at 02:11 am by sale
    Comments (3)  

    Pendedahan Manhaj Penaqalan

    Berkata Al imam Ibnu Solah (w:643) : "Entah berapa ramai di kalangan ulama yang telah melangkah kaki mereka di dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka"

    Nastaghfirullah al azim...

    Zaman berzaman kurun berkurun, sirah berganti tarikh.. manusia melangkah mencari kemodenan, era lapuk semakin ditinggalkan. Namun tidak semua manusia begitu, di Asril hadith ini terdapat beberapa wajah manusia. Berbilang2 nya ibarat cendawan tumbuh, hari2 manusia meperkatakannya. Kadang kala terpikir jua, mengapa manusia sering bertanyakan masalah perbezaan ini yang disebut khilaf, sedang yang asal pun masih tertumbang tebalik. Apa yang kita perlu tahu sebagai "mukallafin" -orang yang di tanggungjawabkan dengan syariat- ialah perkara yang diselisihkan kebanyakannya adalah tentang permasalahan cabang, sedikit pula pada masalah usul. Jika para ilmuan menghitung neraca kesepakatan nescaya lebih berat dari perselisihan.

    Kita melihat pada realiti masyarakat malaysia kini, terdapat beberapa tingkatan masyarakat majmuk bermula tingkatan kanak2 (mumayyiz) hinggalah warga tua-bayi tidak diambil kira-. Tahap pemikiran jua berbeza antara mereka, sehinggakan ada antara mereka melabelkan sesama mereka dengan pelbagai label simbolik pada syakhsiah dan perihal individu.

    Beberapa cemuhan yang membawa kepada perpecahan umat islam sendiri, "muttaham" -yang kena tuduh- berleluasa angkara tohmahan orang berkepentingan, masing-masing cube menjatuhkan sesama islam sendiri hanya kerna kepentingan material. Rupanya manusia seakan-akan sudah kembali ke tahun 40 hijrah, dimana ketika itu adalah tempoh pemisah antara kesucian hadith dan penciptaan hadith-hadith maudu' -hadith yg direka- hanya kerna kepentingan siasah -politik- dan urusan dalaman hingga di saat itu-zaman pernciptaan hadith-, manusia perlu berhati-hati utk menerima sebarang perkhabaran.. Krisis ini rupanya telah banyak menyelusuri sekitar masjid2 di bibir2 para pendakwah di malaysia, dengan membawa hadith2 yang menggalakkan kepada "targhib wat tarhib" -galakan dan ancaman- tanpa mengetahui keadaan dan martabat hadith2 tersebut, ingat akan datang suatu zaman yang mana orang yang tidak berilmu dengan ilmu yang diperkatakan dan sememangnya tidak berkelayakan didalam masyarakat tetapi cube untuk menonjolkan dirinya! atau diistilahkan sebagai Golongan Al-Ruwaibidoh sepertimana amaran Nabi s.a.w. akan kemunculannya menjelang kiamat.

    Sabda baginda: "Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: "Siapakah al-Ruwaibidoh?" Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)." -Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari,sanadnya baik. Al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah juga menyatakan ianya sahih-

    Bersabda Nabi SAW: sesiapa yang berbohong keatas ku secara sengaja, maka akan dicampakkan tempatnya adalah di neraka"-hadith masyhur mutawatir,diriwayatkan 70 sahabat- maka jika diimbas, pada zaman rasulullah SAW dan para sahabat, tidak berlaku sebarang pendustaan dalam meriwayatkan hadith, dan telah diikitiraf oleh para ulama jarah wat ta'dil, bahawa semua sahabat adalah "thiqah" -dipercayai-.Maka berlaku krisis ini pada asril at tabiin. Sekali imbas sejarah perkembangan ilmu hadith.

    Pokok pangkal nya, manusia sebenarnya berani melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya, hinggakan dizaman tabiin manusia sudah mampu mendustakan khabar Rasulullah SAW, apatah lagi zaman kita ini! Ayuh kita belek emeil2 yang telah di "forward" kan atau di "Copy paste" kan..apakah anda semua pasti akan kebenaran artikel2 tersebut? ingat golongan mustasyrikin (orientalis) amat cekap, setiap gerak geri umat islam mereka ikuti dan perhati. Dimana mampu mereka menyerap masuk, memesongkan aqidah anak adam disitu ada jalan buat mereka.Disinilah kadangkala kita boleh mengaitkan ilmu agama dengan rutin harian masyarakat, lihat didalam emeil, amat mudah untuk kita mengkaji akan kesahihannya, hanya perlu kita melihat pada peng"Foward" atau istilah hadith "Sanad" selepas itu barulah boleh kita menerima matannya iaitu artikel yang dihantar! Awal tahun dahulu dunia islam di gemparkan lagi dengan isu Kartun mengutuk agama suci kita Islam! apakah hukum kita memfowardkan nya? adakah dengan memfowardkan itu kita mendapat pahala? atau samakah kita dengan pelakar kartun tersebut? bahkan kita sebenarnya membantu pelakar kartun-penulis akhbar di Denmark- tersebut menyebarkannya.

    Dalam dunia islam kini jua tidak sunyi dari perbalahan sesama islam, jika dizaman kegemilangan ilmu falsafah lebih kurang kurun ke 13-15 manusia mula mengkritik sesama mereka, atas dasar mencari kebenaran dan membetulkan serta memperkemaskan -matlamat manhaj naqd- sebagai contoh Ibnu Rusyd Al qurtubi menulis kitab tahafut attahafut sebagai mengkritik kitab yang ditulis oleh Imam al Ghazali, tahafut al falasifah. Itu kita lihat dari aspek ulama2, dan cendikiawan islam lebih berkurun lalu,Tak sunyi jua dalam bidang falsafah itu, sebenarnya Kritikan terhadap ilmu tersebut dahulu diperkatakan oleh Imam Syafie (w:204): "Tiada sesuatu yang lebih aku benci dari ilmu kalam dan ahlinya".Berkata pula Dr Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ianya bukannya 'aqidah….Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah 'aqidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka" ( Dr Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Dai'iyah, m.s. 92, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut).

    Itu dari sudut Manhaj An Naqd disisi para ulama tapi kini realiti di Malaysia berlaku perbalahan dan pendebatan bukan untuk mencari kebenaran bahkan untuk menjatuhkan sesebuah pihak bagi merealisasikan matlamat kepentingan tertentu, Kita rujuk sebagai contoh penelitian kita. Baru2 ini telah dipasarkan di pasaran Kitab bertajuk : "Salafiyyah Wahabiyyah" sejak awal tahun lepas, dan ia amat perlu kita kaji akan kebenarannya, bukan untuk ditaqlid semata hujah-hujah penulis kitab tersebut jika kita pengikut Ahlus Sunnah wal Jamaah!

    Saranan buat sahabat, apabila membaca sebarang artikel atau buku maka selidikilah dan kenali lah penulisnya. Kita perlu berwaspada kepada beberapa pahaman yang bukan jalan terbaik buat kita, yang telah jelas kepesongannya. Pernah berkata Imam As subki seorang anak murid imam az Zahabi (w748h) yang juga anak murid kepada Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rh (w728h) dalam kitabnya Tabaqat as Syafiiyyah:"tiada seorang imam pun melainkan ada yang mencercanya". itu lah yang kita perlu paham, buat ketika ini dalam menyelusuri metodologi para ulama yang berbeza. Sedangkan Imam as Subki sendiri bermusuhan dengan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, bahkan ulama terdahulu daripada mereka sendiri pernah menjarah kan (menjatuhkan keadilan) sesama mereka, seperti Ibnu uyainah menjarahkan Abu Hanifah, Ibnu abi diah menjarahkan Imam Malik, dan ramai lagi. Namun disinilah perlunya ILMU! Pertembungan sesama ulama adalah perkara biasa bagi agama Islam, ia adalah Tabiat ad-Diniah seperti mana yang di katakan oleh Yusof al Qardawi dalam kitab nya as Sohwatul Islamiah. Kita pula merujuk kepada ahlu al hadith (Muhadithin) yang mengistilah kan pertembungan ulama ini dengan "Qoul al Aqran", -iaitu perkataan ulama sezaman, pertembungan mereka ini tidak diterima bulat-bulat tohmahannya, kerna mungkin berlaku hasad dan lain-lain.

    Inilah manhaj yang bakal kita susuri, sesungguhnya kita tidak menolak seseorang ulama seratus peratus, kerna disisinya jasa untuk agama Islam, namun baginya kesalahan yang biasa dilakukan oleh manusia biasa, tidak lari dari lupa dan alpa. Perlulah kita akui akan kebenarannya dan kesalahannya.

    "Apabila bertemu dua pendapat dari para ulama, jika mampu sepakati keduanya, jika tidak maka berhenti sehinggalah jelas terbukti yang paling benar berdasarkan kriteria-kriteria batasan tarjih"

    wallahu a'lam


    Posted at 02:09 am by sale
    Comment (1)  

     
    Friday, October 27, 2006
    Kewujudan Sistem Takaful didalam institusi kemasyarakatan Islam

    Muqaddimah

                Terbinanya Islam di atas konsep bantu-membantu dan tolong-menolong. Adapun individu muslim itu, adalah cermin bagi individu muslim yang lain, tidak lah mereka itu saling nasihat-menasihati melainkan bagi memperbaiki dan menguatkan sesama mereka.

    Allah SWT berfirman: "… dan bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat besar seksanya" (1)

    Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Orang mukmin dengan orang mukmin (yang lain) seperti sebuah bangunan, yang saling menguatkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain…"(2).

     

    Makna Takaful

                Lafaz Takaful berasal dari perkataan arab yang bermaksud saling bekerjasama antara satu sama lain, dan yang di maksudkan disini adalah "bantu-membantu diantara anggota masyarakat, dengan kewajipannya terhadap individu yang lain, dan kewajipan individu yang lain terhadap dirinya".

                Apabila disebut lafaz takaful, ia membawa maksud kerjasama dalam bermasyarakat. Merangkumi segenap kehendak anggota masyarakat di setiap aspek dan bidang kehidupan, seperti bidang pelajaran, undang-undang kekeluargaan, politik, ketenteraan, peperangan, dan tarbiyyah dan sebagainya. Maka keseluruhan daripada aspek-aspek ini tidak dapat dinatijahkan atau dihasilkan melainkan dengan kerjasama dari anggota masyarakat.

     

    Pembahagian Takaful

                Daripada beberapa pemerhatian ilmiah yang dijalankan, maka boleh kita bahagikan Takaful ini kepada dua pembahagian:

    1-     At-Takaful at-Tou'i (sukarela)

    2-     At-Takaful al-Ilzami (kewajipan)

     

    Pertama: Takaful Ilzami:

    Pembahagian ini lebih menggambarkan kepada bentuk kerjasama samaada perlu dan sampingan. Adapun apa yang disyariatkan oleh Allah SWT (kewajipan) itu boleh dikategorikan sebagai Takaful Ilzami, yang mana tanpanya anggota masyarakat tidak akan mendapat membangunkan sebuah institusi kemasyarakatan yang mantap.

    Pensyariatan zakat sebagai contoh, ia adalah termasuk didalam kategori Takaful Ilzami. Maka wajib keatas mereka yang kaya mengeluarkan sebahagian dari harta mereka kepada faqir miskin. Dalam masa yang sama dapat menyelesaikan beberapa masalah kewangan yang dialami oleh faqir miskin dan mereka yang berhajat kepadanya.

    Cuba kita lihat peranan atau hikmah pensyariatan "sistem diah" didalam Islam. Ia membawa maksud "harta yang dikeluarkan untuk diberikan kepada keluarga yang dibunuh ahlinya sebagai balasan nyawa yang terbunuh. Dalam hal ini, sekalipun si pembunuh membunuh secara tidak sengaja, tetap dikenakan hukuman diah, tetapi tidak pula dikatakan si pembunuh itu tadi sebagai orang yang melakukan kesalahan besar, kerna pembunuhan berlaku secara tidak sengaja. Jika pembunuhan secara sengaja maka dikatakan ia sebagai orang yang melakukan dosa besar.

    Didalam permasalahan ini, jelas menunjukkan bahawa keadilan islam dalam maslahah menjaga nyawa yang termasuk didalam perkara keperluan yang lima: menjaga agama, nyawa, pikiran, keturunan dan harta (doruriat al-khoms). Adapun hukuman pembunuhan secara tidak sengaja tidak membatalkan hak individu yang lain, maka wajib keatas si pembunuh membalasnya dengan bayaran diah. Maka jelas lah sistem diah ini, termasuk didalam Takaful Ilzami kerna ia adalah suatu kewajipan terhadap sesorang individu muslim apabila berlaku keatasnya sebab yang mewajibkan keatas dirinya menjelaskan hukuman tersebut. Kesimpulannya, setiap apa yang diwajibkan oleh syara' tidak tebatal melainkan ia wajib ditunaikannya!

     

    Kedua : Takaful Tou'i

                Selepas menyelami beberapa perlaksanaan Takaful Ilzami, kita akan cuba membuat perbandingan dengan bahagian yang kedua didalam Sistem Takaful berlandaskan Islam, iaitu Takaful Tou'i atau boleh dinisbahkan sebagai bantuan secara sukarela. Diantara contoh pelaksanaannya adalah: wakaf dan sedekah.

                Kalimah wakaf berasal dari bahasa arab yang bermaksud suatu pemberian yang tiada balasan atau pulangan bagi si pemberi dari seseorang individu atau sesebuah institusi daripada pihak muslim. Dinamakannya juga sebagai : al habsu.

               Contoh: pembinaan masjid bagi menunaikan ibadah solat dan membina rumah kebajikan anak-anak yatim dan orang-orang tua. Kesemuanya ini lebih menjurus kepada bantuan sukarela sesama orang islam. Selain itu, pemberian individu seperti hartanya, tanahnya dan benda-benda yang termasuk didalam pemilikannya atau "Sedekah" juga dikira sebagai Takaful Tou'i.

                Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa Takaful merangkumi segenap aspek kerjasama didalam masyarakat islam, bagi membawa masuk kemudahan dan maslahah dan membawa keluar mudorat, seperti kemisikinan dan kehilangan nyawa. InsyaAllah pada edisi akan datang akan di terangkan lebih detail beserta dalil-dalil dari al-Quran dan al-hadith, adapun artikel ini adalah sebagai pendahuluan.-Wallahu min wara'il qasd-

    (1)   Surah al-Maidah : 2

    (2)   Sohih al-Bukhari (2266), Kitab al mazolim wal ghosb


    Posted at 04:33 am by sale
    Kritikan anda  

    Next Page