Biodata Diri


Muhammad Afiq bin Zahari
Mahasiswa Universiti Mohamed v
Rabat, Morocco
"Adakah Semakin lemah AgamaKu Sedangkan aku masih hidup!"

Luahan Hati



Membilang Hari

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30







Nasyid buat UMMI




Rangkaian Seri

  • Allamah Fathi
  • Allamah Mat Noor
  • Allamah Al-Hammasiyy
  • Allamah Cucu Qardawi
  • Allamah Faisol

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


     
    Friday, October 27, 2006
    Seruan Masjid (lekas menuju kejayaan)

                Apabila seseorang muslim itu berlekas-lekasan dalam menuju masjid, maka ia akan menghasilkan bernimbun-nimbun kebaikan dan maslahah akhirat dan dunia. Padanya fadilat dan barakah, namun betapa ramai muslim dikalangan kita, bertangguh-tangguh utk ke masjid malah ada pula yg beralasan SEBUK. Subhanallah.. mari kita muhasabah bersama.

     Wahai sabahatku…

                Marilah letakkan azam dan tekad utk menuju kejayaan iaitu solat. Allah berfirman mafhumnya:

    "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya" (1)

                Seperti juga didalam laungan azan, begitulah nisbah nya juga kepentingan menunaikan solat. Sebagai muslim, kita di galakkan utk bersegera ke Masjid. Dalam erti kata lain bukan dengan tergopoh gapah tetapi bersedia, dan perlu ada rasa "menanti-nanti" masuk nya waktu solat. Allah berfirman mafhumnya:

    "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhan mu dan kepada syurga yang luas nya seluas langit dan bumi yang di sediakan utk orang-orang yang bertakwa"(2)

    Nabi SAW bersabda: "Apabila telah didirikan solat maka janganlah kamu datangi solat itu dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi datangilah solat itu dalam keadaan berjalan dan tenang, maka apa yang kamu dapat maka solat lah, dan apa yang kamu tertinggal maka sempurnakanlah". (3)

                Dan ingat lah, sesungguh nya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda di antara tujuh Manusia yang di lindungi Allah keatas mereka di bawah lindungan arasyNya ialah "seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid".(4)

                Wahai sahabat…

    Telah sedia maklum bahawa doa diantara azan dan iqomah itu tidak tertolak oleh Allah SWT. Justeru itu, bagi mencapai matlamat dan maqsid doa tersebut perlu lah hendaknya kita bersegera ke masjid sebelum azan berkumandang.

    Tidak lupa diselitkan juga, kisah Said Musayab RA pernah berkata: "bagi ku 40 tahun, tidak azan muazzin (bilal) utk solat lima waktu melainkan aku sudah berada di masjid" begitulah istiqomah nya para sahabat, bagaimana pula kita? Tidak sedarkah kita Nabi SAW pernah bersabda: "Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah awalnya dan seburuk-buruk nya adalah yang paling belakang!" (5)

    Apakah pula maqsidnya?

    Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat mereka berselawat keatas Saf yang pertama"(6) manakala didalam riwayat Ahmad dalam musnadnya, sesungguhnya Nabi SAW beristighfar tiga kali bagi saf pertama dan sekali bagi saf kedua.(7) Subhanallah…

    Digariskan beberapa faedah secara ringkas dalam bersegera ke masjid:

    Pertama: menjawab azan dan iqomah dan berdoa diantara keduanya.

    Kedua  : menjaga solat jemaah

    Ketiga  : menjaga takbiratul ihram

    Keempat: mendapat saf pertama

    Kelima : mendapat saf sebelah kanan

    Keenam: mendapat ber "amin" bersama imam pada solat yang membaca kuat.

    Ketujuh: dapat menunaikan solat nawafil

    Kelapan: dapat menghadirkan diri didalam solat, jauh dari gangguan masalah dunia.

                Untuk akhirnya, ayuh pautkan hati-hati kita dengan masjid. Jangan biarkan ia sebagai model, hiasan dan lambang bagi umat islam sahaja, tanpa dimakmurkannya dengan solat jemaah. Usaha mengajak sahabat-sahabat ke masjid juga amat digalakkan, sama-samalah gerakkan jemaah. Setinggi mana pun pangkat kita dikalangan manusia, bila dihadapan Allah SWT, ruku' sama rendah sujud sama tunduk!

    (1) Surah al Mukminun 1-2

    (2) Surah ali Imran : 133

    (3) Muttafaq alaih sohih al-Bukhari (609), dan Muslim (603)

    (4) Muttafaq alaih, Sohih al-Bukhari (1385) dan Muslim (1031)

    (5) Sohih Muslim (440)

    (6) Musnad Ahmad (268/4), dikatakan sahih oleh al-Albani dalam "Sohih at-Taghib wa at-Tarhib"

    (7) Musnad Ahmad (126/4), dikatakan sahih oleh al albani dalam sohih jami'


    Posted at 04:24 am by sale
    Kritikan anda  

     
    Thursday, October 19, 2006
    Kajian terhadap Adat dan Ibadat dalam Sambutan Eidul Fitri

                Didalam kajian ini yang di maksudkan dengan adat ialah perkara yang ada kaitannya dengan agama berbeza pada perlaksanaannya. Mungkin boleh kita membawa contoh: Makan nasi sebelum pergi ke masjid.

     

                Teringat dahulu penulis ketika di Malaysia, seperti sudah menjadi adat kami orang bugis makan "burasak" dipagi raya sebelum pergi ke masjid.

     

    Mak wang (nenek ana)  : agagareba?

    Penulis                         : Gareba maricing..

    Makwang                     : apik… letekik mandre!

    Penulis                        : Iyyek.. hihih

     

    Begitulah kita di sunatkan makan sebelum keluar menuju ke masjid seperti mana hadith tentang Anas bin Malik RA pernah berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW tidak keluar pada hari raya fitrah sehinggalah baginda makan buah-buah kurma"(1) dan pada riwayat yang lain "Baginda tidak keluar pada hari Eidul fitri sehinggalah baginda makan tiga biji atau lima atau tujuh tamar atau sedikit dari itu atau lebih dari itu dengan bilangan yang ganjil

     

    Alangkah sebuknya manusia dengan persiapan Hari raya, bermacam-macam ragam.. Mari kita selidik. Moh!

     

    Keadaan Pertama:

    Mak tam : hak lemang tu dah perangat ke belum?

    Pak ngah : Dok lagi… koi nk gi masjid solat tahajjud dulu.. Aok tu dah solat ke?

    Mak tam  : Dok lagi.. guone koi nk solat tahajjud, koi dok tido lagi. Hihih

     

    Muhasabah:

    -Jangan kita disebukkan dengan dunia hingga akhirat dijual! Samalah juga hal nya dengan menangguh-nangguhkan solat. Firman Allah: "dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-oang yang bertakwa" (2)

     

    Saranan:

    -bangkit dari tidur, bersihkan diri,solat sunnat tahajjud, selepas itu tak salah untuk memasak atau membuat kuih-kuih, kerna ini salah satu amalan buat manfaat bersama, dan setiap amalan baik itu akan ditulis kebaikan nya oleh Allah SWT dengan 10 ganjaran (3), Cuma nya terdapat sebahagian kita menjadikan lagu-lagu raya sebagai zikir. Alangkah baik nya jika alunan Ayat Quran dan zikir dijadikan penyerap telinga di pagi hari.. moga tergolong kita dikalangan orang yang berakal. Allah SWT befirman: "(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "ya tuhan kami, tiadalah kaun menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci engkau maka peliharalah kami dari seksa api neraka" (4)

     

    -Dari Abi musa RA, beliau telah berkata bahawa sesungguh nya Nabi SAW pernah bersabda: : "perumpamaan bagi orang yang menyebut (berzikir) tuhannya dan yang tidak menyebutNya seperti orang yang hidup dan orang yang mati". (5)

     

    Keadaan Kedua:

    Bedah   : Tahun pertama perkahwinan kita ni, kita raya rumah mak sayang yek?

    Meon   : ish.. tahun pertama ni kita pi umah abang lah dulu no..

    Bedah   : hem… (Pasrah segalanya…)

     

    Begitulah karenah bila dah berkahwin tak lupa juga pada yang dah berumah tangga dan beranak pinak.

     

    Salim (ayah) : Raya tahun ni abe cik nk baju melayu warna pa?

    Abe cik (anak) : abe cik nk 4 warna aboh.. biru.. merah.. putih dan kuning leh dok?

    Salim               : hak tu serupa Merdeka doh..duk raya kamu ni nnt.

    Abe cik            : 4 pasang lah..

    Salim               : waduh-waduh.. panas banget sih.

     

    Muhasabah :

    -Bulan ramadhan mengajar kita supaya berjimat, dan berasa cukup.(qonaah) namun bila tiba syawal, seperti ianya gedung mengqodo' dalam bulan ramadhan. Habis duit di belanjakan untuk menyambut raya. Malah lebih dasyat, ade yang berbelanja berlebih-lebihan, 3-5 pasang baju, itu belum campur kasut, dan lain-lain. Subhanallah.. Allah berfirman : « Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada tuhannya (6). Selepas sebulan kita dilatih dengan rohani, tanpa ejekan syaitan yang digari, namun manusia itu seperti terleka, mereka masih di buai belaian syaitan yang telah melatih diri mereka selama 11 bulan. Maka cek lah diri kita !

     

    Saranan :

    -Berdoa kepada Allah SWT : "Allahumma ij'alni minal muqillin" maknanya ,Ya Allah kau jadikan aku dikalangan hamba mu yang sedikit, iaitu hamba mu yang bersyukur. Firman Allah: " Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih". (7)

     

    -Berserhana dalam membeli belah. Kata ulama': sebaik-baik perkara adalah yang tengah. Elakkan pembaziran, dan elakkan dari membiasakan anak-anak sejak dari kecil pergi membeli belah.

     

    Keadaan Ketiga :

    Karim   : Aku target tahun ni nk dapat RM500

    Samad  : hem.. hang dah target umah mana ? aku habaq hang awai-awai, hang jange pi umah hak datok S tu, harap umah je besor bagi 50 sen je.

     

                Begitu juga hal lainnya..

    Pak jenin : nah amik duit raya ni.. belajar rerajin no.. kim salam mak ayah nnt no..

    Bedoi       : ok.. time kacih.. Pak sudin! Duit raya takde ke? Pak jenin bagi doh tadi.. pak sudin nye tak de ke?

    Pak sudin: hish.. (mana le aku keje lagi.. gaji pun tak masuk-masuk lagi)

     

    Muhasabah:

    -Bila tiba sahaja Syawal, lazimnya terdapat dua wajah yang berbeza dikalangan kita.

    1-kanak-kanak dan remaja.

    2-Ibu bapa dan Dewasa.

     

    Golongan pertama lebih kepada kredit, manakala kedua lebih kepada debit. Amalan yang amat merbahaya, dan semakin berleluasa di Malaysia. Dimana nas yang digunakan masih lagi tidak di jumpai, jika ade sesiapa yng berjumpa dengan nas yang boleh dikaitkan dengannya sila send ke penulis.

     

    Ibaratnya, syawal ini satu bebanan bagi sebahagian keluarga. Begitulah silapnya manusia, dijadikan semua perkara sebagai pakej, nampak ramdhan maka nampak lah penat.. nampaklah bubur lambuk.. klu kat morocco, depo habaq.. "Yaumul jum'ah, yaumul kuskus, wa ramadhan syahrul harirah fi toqsi harara, ma'a spoof wa syabakiyyah.." ini lah dia pakej duniawi ciptaan manusia.. sedangkan pakej yang Allah SWT sediakan kita lupa.

     

    Nabi SAW bersabda: " Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan, di ampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu" (8)

    Dan yang paling jelas disebut kan di dalam surah al baqarah: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (9)

     

    Ini antara pakej hakiki janji Allah buat hambanya, kepentingan didunia dan akhirat. Ketenangan di dalam hati, dipermudahkan jalan menuju Allah, manakala kepentingan akhirat, bertemu Allah dalam keadaan buku catatan diterima dari tangan kanan, Syurga tempat tinggal selamanya buat mereka. Subhanallah…

     

    Saranan:

    -Istighfar selalu agar sentiasa hati tidak terpaut dengan dosa. Allah befirman: "Maka bersabarlah kamu, kerna sesungguhnya janji Allah itu benar! Dan mohonlah ampunan untuk semua dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhan mu pada waktu pagi dan petang" (10)

     

    Terdapat lagi beberapa karenah manusia dizaman sekarang ini, sebahagiannya sudah cukup untuk kita bayang kan bagaimana jauh tak jauhnya mutu sambutan kita dizaman ini dengan zaman Nabi SAW, Para sahabat RA, dan seterusnya. 

     

    Benarlah Sabdaan Nabi SAW ketika di tanya tentang sebaik-baik umat: "Sebaik-baik umat adalah yang sezaman dengan aku, kemudian yang datang selepasnya, kemudian selepasnya". (11)

     

    Rujukan:

    (1) sohih al bukhari (900) Kitab al juma'ah

    (2) surah al imran: 133

    (3) rujuk sohih al bukhari (6491)

    (4) surah ali imran: 191

    (5) sohih al bukhari (5928) Kitab ad da'awat

    (6) surah al isra' : 27

    (7) surah as saba': 13

    (8)Muttafaq a'laih, sohih al bukhari (38), muslim (760)

    (9) surah al baqarah: 183

    (10)surah al mu'min : 55

    (11)sohih al bukhari (2485) Kitab as syahadat

    Posted at 09:19 pm by sale
    Kritikan anda  

    Sekilas Senyuman Penulis

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

             Beliau lebih dikenali dikalangan ¨magharibah¨ dengan gelaran Abderofiq, atau nama sebenar beliau Muhammad Afiq Bin Zahari, Dilahirkan pada 17hb Julai 1986 bersamaan 10 dzulkaedah 1406 di Pekan Tampok, Benut Pontian Johor darul takzim. Merupakan anak ketiga dari lima adik beradik.

             Memulakan pengajian di SK Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam dan SRA Seksyen 3, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Seterusnya, Beliau melanjutkan pengajian ke SM Sukan Projek Seksyen 11, Shah Alam selama 1 bulan sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke Bidang Agama. Pada tahun 1999 beliau telah mendaftar di Maahad Pontian, Johor hingga ke tahun 2001 beliau telah berpindah angin ke negeri Tok Gajah, Pahang darul Makmur bagi menduduki SPM dalam Bidang Sastera di SMA al-Khairiah, Temerloh. Selepas itu, beliau sering berpindah randah dalam menuntut ilmu sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di Universiti Mohammed v, Rabat, Morocco. Diantara tempat pengajian beliau adalah: Maahad tahfiz darul quran Repek, Kelantan Darul Naim, Kuliah as-Sultan Abu Bakar Pekan dan Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) di IKIP 5 Kuantan Pahang Darul Makmur.

             Beliau kini merupakan mahasiswa tahun akhir dalam jurusan Sastera dan Sains Kemanusiaan di Universiti Mohamed v, Rabat Morocco, juga merupakan mahasiswa tajaan Yayasan Pahang dan Kerajaan Morocco.

    Harapan Penulis

             Moga rencana yang di karang sebagai wadah perjuangan Islam ini menjadi satu wasilah yang bermanfaat buat pembaca. Tiadalah diri yang hina ini, memberi dan menyampaikan sesuatu ilmu melainkan ia adalah peringatan buat diri seterusnya sahabat-sahabat. Segala kekurangan dan kesalahan, diharapkan para pembaca dan pencinta ilmu dapat memberi komentar yang membina bagi mempebaiki sekali gus memantapkan penulisan penulis. Jazakumullah khairan kathira. Nas'alullah an yuwaffiqona jami'an…

    Wassalamualaikum. "Bonne Chance"


    Posted at 01:59 am by sale
    Kritikan anda  

     
    Tuesday, October 17, 2006
    Muqaddimah

    Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…

                "Sebuah Noktah lebih gah daripada Berpecah" sebuah ungkapan yang perlu disingkap, dari lahiriah serta majaziah. Kuhimpunkan segala kekuatan dan cabaran beserta tindakan gerak hati untuk ku tujukan warkah peringatan ini buat Diriku Khas nya, buat sahabat-sahabat umumnya. Berpaksikan kepada pencurahan ilmu, serta pertegasan pengamalan dan reformasi, Ku pautkan usahaku dengan sifat wara' dan I'tidal dalam menegaskan sesuatu perkara.

                Noktah buat perbalahan yang dicela, membawa kepada perpecahan, tanpa dikira dan dihitung dengan mata hati, bercirikan sifat tasamuh terhadap perkara-perkara khilaf dan bertolong-tolongan kepada perkara yang di sepakati. Wadah perjuangan ini adalah rentetan dari rantai-rantai pejuangan para ulama, moga tangan yang menulis, otak yang berpikir, mata yang celik diulik rasa malap, rambut yang gugur lantaran pengerahan tenaga yang maksimum, dapat dikira sebagai JIHAD untuk agama ISLAM. Bersesuaian dengan : "Adakah semakin lemah agamaku, sedangkan aku masih hidup?" moga ianya menjadi motivasi buat Para Perjuang.

                Mustahil untuk mencari titik persamaan didalam semua perkara, tetapi ianya bukan bermakna kita tidak mampu untuk mengurangkannya.

    Wassalam,

    Benzahri 


    Posted at 11:14 pm by sale
    Kritikan anda  

    Previous Page