"alhikmatu hia sohibatus syariah wal ukhtur radhi3ah" -Faslul maqal fi taqriri ma baina as syariah wal hikmah minal ittisol, Ibnu Rusyd; Muqaddimah tahliliah Dr. Muhammad Abid al Jabiri.
Pancaindera amat di titik berat kan bagi manusia yang mempunyai keazaman dalam merealisasikan kehendak hati nya. dalam unsur hawassi beberapa tindak balas yang juga dinama kan refleksi akan berlaku. Peri pentingnya ia tidak dapat dinafikan sehingga di sebutkan berulang2 kali di dalam tanzil. Sesungguhnya pendengaran penglihatan dan pikiran itu semuanya ada pekerjaan masing2.
Dilihat pada realiti kehidupan, manusia mengetahui sesuatu melalui penglihatannya, sehinggakan kebanyakan fuqaha' menggariskan ia adalah sepenting2 pancaindera dan semulia2nya. kerna ia adalah mesin pengesan dalam hukum2 syariah yang di taklifkan, dan dengannya jua manusia mengetahui segenap bidang, melalui mata kasar. Terkesannya hati pada mata empunya peratusan yang tinggi... sehinggakan ramai yang menganggap kebenaran sesuatu itu dapat di ukur dengan adanya bukti dari penglihatan!
Imbas kembali bagaimana kisah nabi Allah musa Alaihisalam yang mengkritik kaum nya akan kezaliman diri mereka dalam menjadikan sapi sebagai Tuhan! Namun apa kah alasan kaum Musa? mereka berkata: ya Musa! kami takkan percaya kepada engkau sehingga kami melihat Allah secara direct (terang)! maka bukan kah ini bukti yg kukuh peri pentingnya mata? kejahilan menuju kebijaksanaan, namun penggunaan intelek minima menunjukkan jurang kematangan,manusia gagal menafsirkan antara yang haq dan batil. Begitulah tahap Aqal samaada manusia menggunakan sepenuhnya ataupun sebahagian, kematangan dalam membuat keputusan dan melaksanakan tindakan, semuanya bertindak tanduk dengan pancaindera.Bukankah: kewujudan itu adalah bukti, tanpa melihat manusia dengan aqalnya mampu berfikir! dimanakah sakit? ia tidak dapat dilihat, tapi rasionalnya ia dirasai! bagaimana aqal anda menafsirkannya?
Masalah khilafiyyah bukan sahaja berlaku antara masalah agama mahupun politik, bahkan sesama anggota mahupun pancaindera manusia sendiri jua berlakunya perbedaan pendapat dan tafsiran! Mata mengatakan si A adalah dobit.. bebas dari al wahm! namun telinga memberi isyarat bahawa dia pernah mendengar si A bercerita tentang perkara yg tidak benar hingga menjatuhkan hukuman pada si A dgn tohmah bil kazib. percanggahan tafsirn ini menimbulkan perbalahan, antara dua unsur. Bagaimana cara manusia menyelesaikan permasalahan ini?
melihat pada sejarah,berlaku pula pertembungan dua aliran, falsafah dengan agama. antara pemikiran dan wahyu.. antara aristotle dan para nabi.. bagaimana meraikan kedua2 nya sehingga mencapai satu dimensi impian Ibnu Rusyd katanya dalam kitab Fashlul maqal: "Atammul mafahim". Ibnu rusyd adalah org pertama yg menyelesaikan permasalahan pertembungan dua aliran ini, seorang pemikir yg berusaha menghidupkan tradisi pemikiran rasional. Hidup beliau di akhir zaman keemasan islam 4 abad sebelum jatuhnya tembok terakhir islam di granda,sepanyol oleh dua raja katolik iaitu ferdinand raja Aragon dan Izabella raja castilla dan leon pada 1492m.
Pernahkah manusia kini berfikir bagaimana para ilmuan dizaman abad ke 12,13 dan 14, bagaimanakah reformasi pemikiran ketika itu sehingga mencapai peratusan aqal yang tinggi. merentasi tingkatan penulisan (ibnu sina kitab nya al qanun fi tib), tingkatan mujadalah (ibnu rusyd mensyarahkan karya aristotle dihadapan plato) merentasi tingkatan burhani atau demonstratif. yang hanya dicapai oleh para filosofis ketika itu. Meningkat tinggi nama para ilmuan islam seperti ibnu sina dengan kitab nya yang digunapakai hingga kini dieropah khususnya bidang perubatan, al farabi yang juga digelar Muallim thani selepas aristotle, tak kurang hebatnya ibnu tufail, ahli falsafah andalus yang memperkenalkan ibnu rusyd kepada penguasa marakech ketika itu khalifah yusof.
begitulah sinaran zaman keemasan islam, di belahan eropah ataupun ghorbi lahirnya pemikir2 yg tinggi tiada tolok bandingnya. Kepentingan politik ditenggelami arus pembebasan pemikiran jumud. setiap sendi2 manusia mula mengorak langkah, mencari pembaharuan di waktu itu. inilah metode ataupun lebih masyhur disisi kita sebagai manhaj!
ayuh buka lembaran2 kitab2 lama mahupun baru, kajilah metodologi ulama2, Dan lebih utama,pertingkat kan tahap pemikiran utk sampai ketahap kematangan maksimum, tokoh zaman pencerahan eropah Emmenual Kant mendefinasikan "Pencerahan" sebagai : "keluarnya manusia dari ketidakmatangan yang diciptakannya sendiri. Sedangkan ketidakmatangannya adalah ketidak mampuan seseorang untuk menggunakan aqal pikirannya tanpa bantuan orang lain. Ketidakmatangan semcam ini terjadi bukan kerana kurangnya daya pikiran tapi kerana kurang nya determinasi dan kebenarian untuk menggunakan pemahaman sendiri"
Beranikan lah mengeluarkan pemahaman dari nas, kerna tiada manusia itu tahu samada benar atau pun tidak pemahamannya itu melainkan dengan jalan kitabi, mahupun jadali. Hijrah kan aqal dari tokok atfal kepada mumayyiz, Manusia mampu cuma sebahagian kemampuannya dibiarkan masih dijajah!
" ayyuhannas.. ainal mafar? al bahru war'ukum wal aduw amamukum laisa indakum wallahi illas sidq was sobr!"
Posted at 02:11 am by sale
 |  |  |
winnie March 12, 2009 01:30 PM PDT
ape salahnya sekali sekala......berbahasa arap kalu tak reti kite belaja la......tol tak?????tapi tak yah la banyak-banyak sangat k itu saje dari pada saya assalamualaikum...... |
 |

 |  |  |
benzahri December 20, 2006 12:17 AM PST
wassalamualaikum, Tq al fannani, baru perasan, nk letak gak, insyaALlah.. syukran et merci.. |
 |

 |  |  |
alfannani December 17, 2006 03:13 AM PST
assalamualaikom..best entry ni.
bukan niat nak komen, cume sebagai cadangan orang kate..He He He.., rasanya lebih baik kalau tuan blog terangkan perkataan-perkataan arab,buat nota kaki contohnya..untuk kesenangan para pengunjung yang tidak memahami bahasa arab.
sekian, terima kasih.
Ma3an Najah. |
 |