Biodata Diri


Muhammad Afiq bin Zahari
Mahasiswa Universiti Mohamed v
Rabat, Morocco
"Adakah Semakin lemah AgamaKu Sedangkan aku masih hidup!"

Luahan Hati



Membilang Hari

<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31







Nasyid buat UMMI




Rangkaian Seri

  • Allamah Fathi
  • Allamah Mat Noor
  • Allamah Al-Hammasiyy
  • Allamah Cucu Qardawi
  • Allamah Faisol

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



     
    Friday, October 27, 2006
    Kewujudan Sistem Takaful didalam institusi kemasyarakatan Islam

    Muqaddimah

                Terbinanya Islam di atas konsep bantu-membantu dan tolong-menolong. Adapun individu muslim itu, adalah cermin bagi individu muslim yang lain, tidak lah mereka itu saling nasihat-menasihati melainkan bagi memperbaiki dan menguatkan sesama mereka.

    Allah SWT berfirman: "… dan bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat besar seksanya" (1)

    Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Orang mukmin dengan orang mukmin (yang lain) seperti sebuah bangunan, yang saling menguatkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain…"(2).

     

    Makna Takaful

                Lafaz Takaful berasal dari perkataan arab yang bermaksud saling bekerjasama antara satu sama lain, dan yang di maksudkan disini adalah "bantu-membantu diantara anggota masyarakat, dengan kewajipannya terhadap individu yang lain, dan kewajipan individu yang lain terhadap dirinya".

                Apabila disebut lafaz takaful, ia membawa maksud kerjasama dalam bermasyarakat. Merangkumi segenap kehendak anggota masyarakat di setiap aspek dan bidang kehidupan, seperti bidang pelajaran, undang-undang kekeluargaan, politik, ketenteraan, peperangan, dan tarbiyyah dan sebagainya. Maka keseluruhan daripada aspek-aspek ini tidak dapat dinatijahkan atau dihasilkan melainkan dengan kerjasama dari anggota masyarakat.

     

    Pembahagian Takaful

                Daripada beberapa pemerhatian ilmiah yang dijalankan, maka boleh kita bahagikan Takaful ini kepada dua pembahagian:

    1-     At-Takaful at-Tou'i (sukarela)

    2-     At-Takaful al-Ilzami (kewajipan)

     

    Pertama: Takaful Ilzami:

    Pembahagian ini lebih menggambarkan kepada bentuk kerjasama samaada perlu dan sampingan. Adapun apa yang disyariatkan oleh Allah SWT (kewajipan) itu boleh dikategorikan sebagai Takaful Ilzami, yang mana tanpanya anggota masyarakat tidak akan mendapat membangunkan sebuah institusi kemasyarakatan yang mantap.

    Pensyariatan zakat sebagai contoh, ia adalah termasuk didalam kategori Takaful Ilzami. Maka wajib keatas mereka yang kaya mengeluarkan sebahagian dari harta mereka kepada faqir miskin. Dalam masa yang sama dapat menyelesaikan beberapa masalah kewangan yang dialami oleh faqir miskin dan mereka yang berhajat kepadanya.

    Cuba kita lihat peranan atau hikmah pensyariatan "sistem diah" didalam Islam. Ia membawa maksud "harta yang dikeluarkan untuk diberikan kepada keluarga yang dibunuh ahlinya sebagai balasan nyawa yang terbunuh. Dalam hal ini, sekalipun si pembunuh membunuh secara tidak sengaja, tetap dikenakan hukuman diah, tetapi tidak pula dikatakan si pembunuh itu tadi sebagai orang yang melakukan kesalahan besar, kerna pembunuhan berlaku secara tidak sengaja. Jika pembunuhan secara sengaja maka dikatakan ia sebagai orang yang melakukan dosa besar.

    Didalam permasalahan ini, jelas menunjukkan bahawa keadilan islam dalam maslahah menjaga nyawa yang termasuk didalam perkara keperluan yang lima: menjaga agama, nyawa, pikiran, keturunan dan harta (doruriat al-khoms). Adapun hukuman pembunuhan secara tidak sengaja tidak membatalkan hak individu yang lain, maka wajib keatas si pembunuh membalasnya dengan bayaran diah. Maka jelas lah sistem diah ini, termasuk didalam Takaful Ilzami kerna ia adalah suatu kewajipan terhadap sesorang individu muslim apabila berlaku keatasnya sebab yang mewajibkan keatas dirinya menjelaskan hukuman tersebut. Kesimpulannya, setiap apa yang diwajibkan oleh syara' tidak tebatal melainkan ia wajib ditunaikannya!

     

    Kedua : Takaful Tou'i

                Selepas menyelami beberapa perlaksanaan Takaful Ilzami, kita akan cuba membuat perbandingan dengan bahagian yang kedua didalam Sistem Takaful berlandaskan Islam, iaitu Takaful Tou'i atau boleh dinisbahkan sebagai bantuan secara sukarela. Diantara contoh pelaksanaannya adalah: wakaf dan sedekah.

                Kalimah wakaf berasal dari bahasa arab yang bermaksud suatu pemberian yang tiada balasan atau pulangan bagi si pemberi dari seseorang individu atau sesebuah institusi daripada pihak muslim. Dinamakannya juga sebagai : al habsu.

               Contoh: pembinaan masjid bagi menunaikan ibadah solat dan membina rumah kebajikan anak-anak yatim dan orang-orang tua. Kesemuanya ini lebih menjurus kepada bantuan sukarela sesama orang islam. Selain itu, pemberian individu seperti hartanya, tanahnya dan benda-benda yang termasuk didalam pemilikannya atau "Sedekah" juga dikira sebagai Takaful Tou'i.

                Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa Takaful merangkumi segenap aspek kerjasama didalam masyarakat islam, bagi membawa masuk kemudahan dan maslahah dan membawa keluar mudorat, seperti kemisikinan dan kehilangan nyawa. InsyaAllah pada edisi akan datang akan di terangkan lebih detail beserta dalil-dalil dari al-Quran dan al-hadith, adapun artikel ini adalah sebagai pendahuluan.-Wallahu min wara'il qasd-

    (1)   Surah al-Maidah : 2

    (2)   Sohih al-Bukhari (2266), Kitab al mazolim wal ghosb


    Posted at 04:33 am by sale

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry